Pembinaan jalan raya BELAGA-BAKUN adalah rancangan BN yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat.Pembukaan jalan raya ini dapat menghubungkan penduduk Belaga di Sungai Batang Rejang dengan bandar Bintulu. selain itu,pembukaan jalan raya ini juga memudahkan pelajar untuk kembali ke sekolah khasnya pelajar yang berasal dari kawasan yang agak jauh yang selama ini menggunakan perahu tambang untuk sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga.
MENYEDIAKAN SUMBER ELEKTRIK
BN akan menyediakan sumber elektrik yang sistematik kepada penduduk di Belaga khasnya penduduk yang berada di kawasan sepanjang Sungai Batang Rejang yang selama ini menggunakan kuasa generator yang sanagt membazirkan minyak,dengan pembinaan sumber elektrik begini penduduk di Belaga mudah untuk menjalankan aktiviti harian.
Hospital baru yang canggih dan lengkap akan dibina untuk kemudahan penduduk Belaga.Pembinaan hospital baru ini akan mengurangkan kos perubatan penduduk apabila memerlukan perkhidmatan kesihatan,dengan adanya hospital yang canggih sebegini kesihatan penduduk Belaga akan terjamin.
PEMBINAAN KAWASAN PERUMAHAN YANG SISTEMATIK
BN akan membina kawasan perumahan yang sistematik untuk keselesaan penduduk Belaga.Rumah adalah keperluan yang sangat diperlukan oleh penduduk Belaga,dengan pembinaan kawasan perumahan yang sistematik penduduk akan lebih selesa dan mudah untuk dihubungi oleh Kerajaan.
No comments:
Post a Comment