PEMBINAAN SEKOLAH BESTARI
Usaha BN dalam membina sekolah bestari seperti yang tercatat dalam manifesto menunjukkan ketajaman pemikiran pemimpin kita dalam merangka generasi muda yang cemerlang. Usaha BN ini menunjukkan betapa mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melahirkan pelajar yang berkualiti. Pembukaan sekolah bestari di Belaga dapat menjana sumber insan yang berpendidikan walaupun berada jauh dipedalaman.Statistik yang sentiasa menunjukkan peningkatan terhadap pelajar yang cemerlang pada setiap tahun adalah menunjukkan potensi S.M.K Belaga sesuai untuk dijadikan sekolah bestari yang akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.Seperti yang disenaraikan dalam manifesto yang keempat usaha BN jelas memberikan keprihatinan yang tinggi dalam meningkatkan mutu dan status sekolah.
MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN
Dalam manifesto yang ke-5 BN telah merangka satu usaha untuk meningkatkan status ekonomi rakyat dengan memberi peluang pekerjaan. Penduduk Belaga yang selama ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap harus mengambil peluang ini untuk mengundi BN. Usaha untuk menjadikan sifar pengangguran adalah matlamat utama pihak BN. Penduduk Belaga yang selama ini bergantung kepada hasil pertanian harus meliaht ini sebagai satu peluang yang dapat mengubah status pekerjaan mereka bukan hanya kepada hasil tani semata-mata tapi lebih kepada pendapatan yang lebih stabil dan menjamin masa depan.
Peluang untuk mengundi hanya datang sekali dalam empat tahun,pengundi yang bijak adalah pengundi yang mementingkan masa depan.
UNDILAH BARISAN NASIOANAL,MENJAMIN MASA DEPAN
No comments:
Post a Comment